Monday, May 3, 2010

YK kembali menggegarkan anda dengan progran MAYA.....

Dijemput semua warga Malaysia...untuk sama2 menggegarkan YK dalam program MAYA anjuran Gabungan Alumni Yayasan Khairiah(GAYA) serta Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah..




Serta jangan anda ketinggalan di malam kemuncaknya iaitu..."MALAM UNTUKMU PALESTIN"..








Friday, April 16, 2010

iNIkah Kita???

Kisah syahid si cilik Palestin jadikan iktibar
Oleh Al Amin Mohamed Sultan

2010/04/17

Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi tangisan dan darah. Malaysia, antara negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seagama.

Tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah remaja serta belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.Berbicara mengenai remaja dan belia, umum mengetahui lebih separuh rakyat Malaysia adalah belia sekali gus meletakkan negara cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini.Mari kita renungkan cerita yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dalam membuktikan semangat orang muda iaitu kisah syahidnya Fares Audah, 12, si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.

Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan intifada dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbia dan tempat kiblat pertama umat Islam. Serangan ditujukan bukan kepada burung atau kucing tetapi kereta kebal Yahudi yang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya. Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik sekolah bersama rakan sebaya. Walaupun ibunya sering kali risau tindakannya, tetapi dia menjawab: “Kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita.”
Malah tindakan itu menyebabkan Yahudi takut dan berundur akibat balingan batu ini. Selepas 40 hari bertempur dengan kereta kebal Yahudi menjadikan Fares Audah sebagai ancaman kepada Yahudi. Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berdepan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan ‘penembak curi’ yang menembaknya tepat di kepala.
Kematian Fares Audah disambut dengan parti memabukkan oleh tentera Yahudi bagi meraikan kemenangan ke atas si cilik bertuah yang bergelar as-Syahid. Itulah kisah pengorbanan agung seorang remaja hasil didikan dan pemahaman yang betul.
Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan serta kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang. Di sana tiada sistem persekolahan teratur dan seribu macam masalah lagi. Jadi, bagaimana pula remaja kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritakan kerana kita sentiasa dalam keamanan, kesenangan dan kesejahteraan serta penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.

Bagaimana dengan isu remaja tonggak pelapis di Malaysia? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, apakah ada yang setandingnya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?

Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja kita ketika ini yang terlalu dimanjakan. Kita juga kurang fokus terhadap mereka berhubung sistem atau acuan yang benar-benar mantap untuk membentuk pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab. Kita lihat pengaruh hedonisme atau menjadikan falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat hidup. Ini menjadikan hilangnya nilai ketimuran dalam tindak-tanduk remaja. Ini belum lagi kisah remaja semuda 12 tahun menubuhkan kumpulan black metal dianggotai rakan sebaya seperti pernah dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah.



Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan Fares Audah dengan remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya? Satu persatu boleh dirungkai. Jika di Palestin, menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehingga batu dijadikan pensil manakala tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak kecil di sana menuntut ilmu walaupun dalam keadaan perang. Yang menjadi dinding bukan binaan indah tetapi khemah pelarian tidak beratap. Kawasannya penuh habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata Yahudi, bukannya selesa dengan keadaan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, ti dak dihiraukan perkara lain sehingga belajar di bawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.

Lain kisahnya di negara kita. Walaupun disediakan sistem yang tersusun, guru yang ramai dan berkelayakan, sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja di zon selesa tetapi apa yang terjadi pada mereka?

Gejala lepak berterusan tanpa sebarang rasa tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan. Ini ditambah pembabitan dalam gangsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan dan pelbagai lagi. Jika ditunjukkan statistik, pasti semua pihak akan terus menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman dan perlakuan sebahagian besar remaja kita.


Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang sangat dahsyat, Palestin bersungguh-sunguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak Palestin yang hafiz al-Quran.

“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafiz al-Quran.” Demikian antara petikan kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia daripada rejim Zionis Israel.

Di mana kita dan di mana mereka? Banyak lagi perkara memalukan yang tidak mampu kita tempuh dan remaja terus dilalaikan dengan pelbagai perkara lagi.

Penulis ialah Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (AUTeM), kini tutor di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM.

Sunday, March 21, 2010

Kepimpinan Berkesan

Alhamdulillah simulasi untuk kursus Khidmat Masyarakat sudah selesai..pengalaman yang diperoleh tidak akan ku lupakan..kenangan berada di sg Congkak merupakan satu kenangan yang sangat best..tapi dalam 'kebestan' tersebut kita kena hati-hati sebb mcam2 benda ada kat sana...masa kami tengah berendam dalam sungai yang dingin..ada pengunjung lari kmgkinan da smthing yang berada dlm air..eee menggerunkan..pada malam tu pulak semasa km nak pergi bilik air anjing hutan keluar..dah la banyak ekor..bertempiaran km dibuatnya....hehe..pengalaman yang sangat berharga yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit..

Pada kali ini saya ingi berkongsi sedikit pandangan dari insan yang hina ini sebagai perkongsian kali ini..Rasulullah pernah bersabda : "jikalau terdapat tiga orang yang bermusafir, maka lantiklah seorang daripada kamu untuk menjadi pemimpin". Hadis tersebut membuktikan kepentingan untuk kita melantik pemimpin dari kalangan kita..pemimpin yang diplih pula mestilh menepati kriteria seorang pemimpin yang berwibawa dan yang paling penting mestilah seorang muslim, mukmin, dan sepatutnya..

Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:

1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.

2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.

3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4 . Melaksanakan hukum Allah.
5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,


" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

Sememangnya, mempunyai seorang ketua yang thiqah dan bertanggungjawab adalah penting untuk menjamin kelangsungan sesuatu pemerintahan..seorang ketua yang dekat dengan Allah akan selalu mendapat pentunjuk daripada Allah dalam pimpinannya..dan setiap petunjuk dari Allah itu adalah yang terbaik..

Ya allah kau ampunkan dosa2 ku..dosa kedua ibu bapaku..dosa guru2 ku..dosa sahabat2 ku...dosa seluruh muslimin dan muslimat..jadikan aku di kalangan orang yang mendapat petunjuk dari mu ya allah agar diriku tidak sesat dalam mencari keredhaan Mu...Amiiin..




Friday, March 19, 2010

Assalamulaikum...alhamdulillah mungkin inilah kesempatan buatku untuk mencoret seketika di halaman bisu berdigital ini setelah sekian lama halaman ini dibiarkan kegersangan dengan pengisaian...sebenarnya banyak yang saya ingin kongsi bersama kalian..untuk kesempatan ini biarlah saya mulakan dulu dengan bagaimana saya bermula...EVERYTHING START FROM HERE..
pertarbiahan merupakan sesuatu elemen yang penting dalam diri kita. tidak dinafikan lagi bahwa pentarbiahan adalah proses untuk melahirkan serta menjana insan yang berkualiti, mantap dan sebagainya...alhamdulillah allah meletakkan saya dalam suasana pentarbiahan..kemana saya diletakkan, biah yang terjaga di sekeliling saya..sekarang saya pulak bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana tarbiah tersebut di mana-mana sahaja...sekolah lama saya banyak mengajar saya erti kepimpinan, pengorbanan, kesungguhan, kepayahan dan sebagainya..pernah suatu ketika saya sebagai timbalan program bertanggungjwab mengatur dan merancang program..program tersebut boleh dikatakan besar jugakla yang memakan belanja yang besar..tahap sekolah menengah la..=) tetapi apa yang saya mahu ta'kidkan di sini bagaimna allah datng kan ujian kepada saya untuk mendidik saya supaya bersabar..ketika saat2 akhir dalam proses pelaksanaan program..pentadbiran sekolah tidak benarkan kami laksanakn program bercampur banin dan banat, ini merupakan satu masalah bagi kami kerana peruntukan yang sedia ada dan segala persiapan yang di buat bukan untuk dua bahagian tetapi hanya untuk sekali program..jika banin dan banat berpisah, maka kami terpaksa melaksanakn dua kali program..dana besar, tenaga juga banyak digunakan....alhamdulillah masalah tersebut dapat di atasi jua berkat kesabaran dan kesungguhan daripada semua sahabat2..hidup ini tidak akan lari dari musibah dan dugaan..allah datangkan ujian dalam dua bentuk..pertama nikmat kedua musibah..tujuannya untuk kita lebih taqarrub kepadanya..ya allah betapa banyaknya dosa ku kepada Mu....
jika hidup ini sentiasa dlam rahmatnya insyallah, walau seberat mana dugaan, tekanan dan masalah yang kita hadapi..kita akan hadapinya dengan tenang kerana perkara itulah yang akan mewarnai kehidupan kita kelak...ingin saya kongsikan kata2 ustaz abd rahman(pensyarah UKM) yang begitu tersentuh dlam diri saya..dalam kita tidak sedar setiap detik yang kita bernafas merukan anugerah dan juga nikmat yang allah berikan..setiap perkara yang kita lakukan sebenarnya atas kehendak allah..semua benda yang kita milik adalah milik Allah..kewujudan kita juga adalah berdasarkan kehendak Allah untuk mewujudkan kita..jika Allah tidak berkehendak, maka tiadalah kita di dunia ini..justeru itu, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada rabbul izzati di atas nikmat yang telah diberikan ke atas kita...Alhamdulliah Ya allah...