Sunday, March 21, 2010

Kepimpinan Berkesan

Alhamdulillah simulasi untuk kursus Khidmat Masyarakat sudah selesai..pengalaman yang diperoleh tidak akan ku lupakan..kenangan berada di sg Congkak merupakan satu kenangan yang sangat best..tapi dalam 'kebestan' tersebut kita kena hati-hati sebb mcam2 benda ada kat sana...masa kami tengah berendam dalam sungai yang dingin..ada pengunjung lari kmgkinan da smthing yang berada dlm air..eee menggerunkan..pada malam tu pulak semasa km nak pergi bilik air anjing hutan keluar..dah la banyak ekor..bertempiaran km dibuatnya....hehe..pengalaman yang sangat berharga yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit..

Pada kali ini saya ingi berkongsi sedikit pandangan dari insan yang hina ini sebagai perkongsian kali ini..Rasulullah pernah bersabda : "jikalau terdapat tiga orang yang bermusafir, maka lantiklah seorang daripada kamu untuk menjadi pemimpin". Hadis tersebut membuktikan kepentingan untuk kita melantik pemimpin dari kalangan kita..pemimpin yang diplih pula mestilh menepati kriteria seorang pemimpin yang berwibawa dan yang paling penting mestilah seorang muslim, mukmin, dan sepatutnya..

Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:

1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.

2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.

3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4 . Melaksanakan hukum Allah.
5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,


" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

Sememangnya, mempunyai seorang ketua yang thiqah dan bertanggungjawab adalah penting untuk menjamin kelangsungan sesuatu pemerintahan..seorang ketua yang dekat dengan Allah akan selalu mendapat pentunjuk daripada Allah dalam pimpinannya..dan setiap petunjuk dari Allah itu adalah yang terbaik..

Ya allah kau ampunkan dosa2 ku..dosa kedua ibu bapaku..dosa guru2 ku..dosa sahabat2 ku...dosa seluruh muslimin dan muslimat..jadikan aku di kalangan orang yang mendapat petunjuk dari mu ya allah agar diriku tidak sesat dalam mencari keredhaan Mu...Amiiin..




No comments:

Post a Comment